Monday 18 March 2013

Dugaan Illahi



sob sob ..

hati aku masih lagi sedih
masih lagi burung-burung berterbangan di keliling kepala
baling batu dalam air pun masih lagi nampak muka sendiri

kenyataan la tu, bukan cerita mainan mimpi


.......kisahnya......


abah aku pergi la buat check-up dengan specialist di hospital
sebab dia kata selalu rasa sakit kat perut

masukkan kamera dalam perut
keputusannya .... abah aku ada ketumbuhan dalam usus
terus kena admit

masa berita ni, dalam pukul 2 ptg kot waktu malaysia
aku ingat nak la kontrol, tak boleh jugak nampaknya
terpaksa la menangis, sedih sangat2




secara fizikal, abah memang nampak sihat dan kuat
biasa la orang kampung, tak berenti buat kerja
kerja ringan dan barat tak jadi masalah
tak de istilah lepak-lepak goyang kaki kat rumah


sebab tu la rasa terkejut sangat

balik dari office, cepat-cepat basuh baju sekolah, kasut sekolah
packing baju sementara tunggu en. laki
tak payah masak, tak payah pergi mengaji


esok paginya, pergi pasar awal pagi
masak makanan kesukaan abah, dia suka yang simple je
tengahari tu berkonvoi la kami kat hospital sekejap
waktu melawat tengahari kan kejap je
lepas tu lepak kat rumah abang yang jauhnya 20 minit dari hospital

waktu melawat petang ramai la sedara-mara dan kuncu-kuncu datang melawat
ni 1st time abah masuk hospital jadinya ramai yang terkejut

specialist kata kena operate, CT scan pun dah dibuat
lepas dapat berita kena operate tu, abah terus down
memang muka dia lain sangat, no ceria anymore


sedih betul aku tengok abah

dia kata "bila ramai-ramai ni hilang rasa sakit, nanti bila semua dah balik sedih la balik"

muka dia  memang nampak tak happy bila sedara mara dah beransur balik petang tu
tanya kami malam ni datang lagi tak?
hospital kerajaan mana bolah melawat waktu malam


esok pagi-pagi aku, adik & kakak dah datang hospital
ingat nak jumpa specialist yang buat rondaan

alhamdulillah, abah dah boleh balik pagi sabtu tapi kena datang semula selasa untuk tengok result dari tisu yang diambil hari khamis lepas dan set tarikh operation

bukan main happy abah, siap buat senaman ringan
habis semua yang lalu lalang kat depan dia dijamunya makanan
polis yang datang melawat pun diajaknya makan
abah ... abah.....


maka, petang sabtu dan ahad pagi dah macam ada open house
ramai la sedara-mara dan kawan abah yang datang


tapi aku tau, dia tengah berdebar tunggu hari selasa
asik tanya jam dan hari je


aku balik semalam pun mata dia berkaca bila aku peluk dia



moga abah kembali sihat macam biasa

amin



2 comments: